Keluarga taikun terkenal tawar gaji pengasuh RM380k, syaratnya mesti bersedia mengembara ke seluruh dunia

Keluarga taikun terkenal tawar gaji pengasuh RM380k, syaratnya mesti bersedia mengembara ke seluruh dunia.

Sebuah keluarga yang kaya-raya berketurunan Rusia-Amerika Syarikat (AS) mencari pengasuh sepenuh masa dengan tawaran gaji sebanyak 70,000 pound (RM379,830).

Lapor Mirror, keluarga itu mencari pengasuh untuk menjaga dua anak mereka yang berusia tiga tahun dan sembilan bulan di sebuah rumah yang dilengkapi lapan bilik tidur di Knightsbridge, London.

Keluarga taikun terkenal tawar gaji pengasuh RM380k, syaratnya mesti bersedia mengembara ke seluruh dunia

Katanya, iklan jawatan itu disiarkan dalam Facebook oleh syarikat pengambilan pekerjaan di Polo dan Tweeds meminta pengasuh yang mempunyai pengalaman bekerja dengan bayi dan bersedia menyelami kehidupan keluarga dan rutin harian mereka.

“Pengasuh diperlukan secepat mungkin untuk menggantikan pengasuh sedia ada yang akan bercuti. Individu mesti berbahasa Inggeris dengan baik dan mempunyai kebolehan bahasa lain adalah kelebihan.

Baca Artikel Penuh