‘Keluarga awak miskin atau mak bapa kamu tak ambil berat?’ Cikgu bengang anak murid miskin tiada pembaris

Seorang guru sekolah rendah merakam video dia memarahi beberapa murid kerana tidak mempunyai pembaris segi tiga di dalam kelas, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Guru wanita yang bertugas di Sekolah Rendah Shenyang Dongzhan, wilayah Liaoning itu menghantar video tersebut dalam kumpulan WeChat ibu bapa dan guru pada 18 September lalu untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya.

Berdasarkan video yang dirakam, beberapa orang murid diarah berdiri di sebelah meja mereka sebagai hukuman. Guru itu kemudian membebel di hadapan kelas.

“Murid yang diminta berdiri tidak mempunyai pembaris segi tiga. Adakah keluarga anda miskin atau ibu dan bapa anda tidak mengambil berat?” kata guru berkenaan semasa merakam video.

Murid-murid terus diam apabila guru mereka meneruskan tegurannya.

“Anda perlu menggunakannya untuk melukis,” tegasnya.

Ibu bapa murid-murid  tersebut kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak pentadbiran sekolah. Pihak sekolah berjanji akan menyiasat dan mendisiplinkan guru tersebut jika tindakannya didapati tidak wajar.

Baca juga :

Lama menyepi ini keadaan terkini bekas isteri Sultan Brunei yang merupakan bekas wartawan TV3

“Bakal suami kerja biasa-biasa je tapi masa akad nikah tu aku terkedu bila dengar bakal suami sebutkan jumlah mas kahwin dan apa yang dia bagi”

“Mak datang bandar nak tidur rumah anak-anak, macam biasa mak akan bergilir tidur rumah anak, sampai turn rumah abg ngah tiba-tiba biras bersuara sekali air muka mak berubah”