Keletihan jaga anak, suami buat surprise pakaikan gelang emas ketika isteri tidur

Siapa yang tidak gemar akan kejutan daripada suami tersayang? Lebih-lebih lagi setelah penat menguruskan rumah tangga, ‘mood’ terus bertukar gembira apabila menerima hadiah yang tidak disangka-sangka.

Itu boleh digambarkan dengan pasangan Instafamous ini apabila si suami berjaya melakukan ‘surprise’ dengan memberikan seutas gelang emas kepada isterinya yang sedang tidur.

“Benda yang paling perempuan nak!”

Menerusi platform TikTok, Mikhail Isaaq memuat naik sebuah video memaparkan isterinya Siti Hajar sedang nyenyak tidur bersama anak mereka, Darwish.

“Benda yang paling perempuan nak : Bangun tidur suami ada depan mata, ada hadiah emas, handphone baru dan hadiah baru,” tulisnya.

Keletihan jaga anak, suami buat surprise pakaikan gelang emas ketika isteri tidur

Lelaki berusia 26 tahun berkenaan kemudian menyarung gelang tersebut secara perlahan-lahan di tangan isterinya agar wanita itu tidak terjaga. Nanti dah tak ‘surprise’!

Setelah memakaikan gelang itu, Mikhail mengejutkan isterinya yang juga usahawan kosmetik sebelum wanita tersebut menyedari terdapat gelang emas di tangannya.

Rakaman video berdurasi 34 saat berkenaan meraih hampir 700,000 tontonan dan 29,700 tanda suka, selain pelbagai reaksi warganet terhadap momen ‘sweet’ tersebut.

Jika dilihat, rata-rata meninggalkan komen negatif terhadap pasangan itu yang didakwa terlalu banyak lakonan apabila menghasilkan sesebuah video.

Bagaimanapun, terdapat segelintir individu meminta agar netizen menghentikan kecaman dan sifat ‘busuk hati’ sebaliknya mengambil dari sudut positif sahaja.

Banyak lakonan je!

Tapi untung2 dia dapat emas…

Jangan la negatif sangat

Dulu minat, sekarang…

Harap bukan lakonan

Sekadar lakonan atau sebaliknya, sekurang-kurangnya ada juga usaha untuk menghargai isteri. Maklum la, wanita mana tak ‘happy’ bila dapat hadiah macam tu!

Berita Penuh : https://ohmymedia.cc/isteri-tertidur-sambil-jaga-anak-suami-senyap2-pakaikan-gelang-emas/

BACA JUGA : Panas !!! Kertas Pandora dedah bagaimana 1MDB turut terkait dalam penipuan India dan Rusia

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Keletihan jaga anak, suami buat surprise pakaikan gelang emas ketika isteri tidur […]