Kelantan catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

Kadar

Kelantan catat kadar kebolehjangkitan tertinggi.

Sebanyak 11 negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught melebihi purata kebangsaan.

Pada Jumaat, ia naik ke 1.09 berbading 1.08 hari sebelumnya.

Kelantan catat kadar tertinggi dengan 1.28 diikuti Sabah, Terengganu, Perak dan Pulau Pinang.

kelantan

Seterusnya Kedah, Johor, Kuala Lumpur, Sarawak, Pahang dan Melaka.

Sementara itu Labuan dan Perlis masing-masing catat sembilan kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/154247/KHAS/Covid-19/Covid-19-Kadar-kebolehjangkitan-naik-ke-109-Kelantan-tertinggi

COMMENTS

Wordpress (0)