Kekuatan gabungan Mahathir-Anwar cuba diganggu PN

Apa yg saya nampak dan saya masih berpegang….. untuk menjatuhkan kerajaan PN, Muafakat Nasional dan sekutunya sekarang memerlukan gabungan Tun dan Anwar Ibrahim. Gabungan dua susuk tokoh ini akan menjadikan Pakatan Harapan kuat kembali.

Kekuatan itulah yg cuba dihalang ia berlaku oleh musuh politik PH. Itulah titik kekuatan PH yg terus diganggu-gugat sebelum Langkah Sheraton sehingga sekarang. Musuh PH akan terus melaga-lagakan antara dua tokoh tersebut. Pengikut kedua-duanya juga akan diheret sama membangkitkan permusuhan.

Semua tahu Tun telah berjanji peralihan kuasa PM kepada Anwar. Saya percaya Tun ikhlas pada asasnya namun ramai yg gila kuasa berebut mahu menjadi PM. Mereka berperanan menghasut, memujuk dan mempergunakan Tun selagi mana mereka perlu. Kita telah menyaksikan apa yg berlaku hari ini dan sebelum ini.

Bukan shj dikalangan pimpinan Bersatu dan PKR bahkan PAS sendiri cuba meniup bara permusuhan antara keduanya dengan mencadangkan undi percaya kepada Tun sebelum Langkah Sheraton berlaku. UMNO BN pula ‘jong alok’ saja.

Setelah berlaku apa yg dilihat hari ini, semua sedar PH tidak akan kuat jika Tun berdiri tanpa Anwar dan Anwar berseorangan tanpa Tun. Begitu juga Tun dan Anwar tak lengkap tanpa Amanah dan DAP. Semuanya saling perlu kuat menguat. Semua pihak pasti ada kesilapan dan kesalahan sebagai makhluk yg bernama manusia. Yg penting bersatu atas titik kesepakatan dan persamaan.

Pada pandangan saya rentetan plan Langkah Sheraton ini selain menghalang Awuar jadi PM ada langkah-langkah lain untuk menabalkan Si Kitol menjadi PM. Kita tidak tahu apa perancangan seterusnya namun bagi saya Mahyuddin tidak akan lama memegang jawatan PM. Samada UMNO kembali berkuasa menjadi PM atau Si Kitol berjaya merebut jawatan PM. Mana yg lagi licik, banyak menipu dan paling jahat antara keduanya. Jika PH tidak mahu melihat itu berlaku, pastikan semua tenaga dan pimpinan PH berganding bahu, bersatu dan bekerjasama.

Keadaan politik sekarang sudah memperlihatkan dengan jelas siapa pengkhianat, siapa penunggang agama, siapa perompak, siapa yg gila kuasa dan siapa seteru. Namun begitu tanpa kesatuan dan kerjasama PH tidak dapat mengambil kembali kuasa daripada PN samada melalui usul undi tidak percaya di parlimen atau pilihanraya.

Sumber: