“Kekesalan aku sebab pernah tinggalkan dia dulu, aku bersalah sebab pilih suami aku sekarang”

Salam semua warga KRT. Terima kasih kalau sudi siarkan kisah aku. Aku nak share dan mintak pendapat korang semua tentang keadaan aku yang tak keruan ni.

Aku baru mendirikan rumahtangga selama 6 bulan. Tapi jujurnya aku tak pernah rasa bahagia dengan perkahwinan aku bermula bulan ke 2 perkahwinan.

Aku pun tak tahu kenapa. Aku selalu dibelenggu rasa bersalah sebab kahwin dengan suami aku sekarang ni.

"Kekesalan aku sebab pernah tinggalkan dia dulu, aku bersalah sebab pilih suami aku sekarang"

Aku tahu berdosa bagi seorang isteri berfikiran macam tu tapi apakan daya, aku cuma manusia, aku cuma wanita yang lemah, aku kena mengakui semua ni.

Bagaimana aku nak nafikan hati dan perasaan sendiri. Bukan kata aku tak pernah merintih dalam doa, aku selalu berdoa diiringi solat sunat taubat dan solat hajat. Aku ikhtiar dekatkan diri dengan Allah, aku bangun tengah malam untuk minta petunjuk dariNya.

Baca Artikel Penuh