Kekalutan politik : Ismail Sabri selesai jumpa pemimpin Umno Johor

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menamatkan lawatan tidak rasmi ke Johor Bahru, sekitar 3.55 petang tadi.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno dilihat meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad di Saujana, di sini, selepas kira-kira satu jam setengah mengadakan pertemuan tertutup di situ.

Antara pimpinan tertinggi Umno Johor yang menyertai pertemuan tertutup itu termasuk Timbalan Pengerusi Umno Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Setiausaha Umno Johor Datuk Samsolbari Jamali.

ismail

Difahamkan pertemuan antara Ismail Sabri, Hasni yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Johor bersama beberapa pimpinan Umno negeri bagi membincangkan isu semasa politik negara.

Terdahulu, Ismail Sabri menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Pasir Pelangi, di sini, pagi tadi.

Ismail Sabri tiba di Istana Pasir Pelangi sekitar 10.45 pagi dan pertemuan bersama Sultan Ibrahim berlangsung selama lebih sejam.

Hasni semalam dilaporkan berkata, akan membuat penjelasan mengenai keabsahan kerajaan negeri, ketika ucapan penggulungannya pada hari terakhir Sidang Dewan Undangan Johor, kali ini.

Hasni berkata, ia berkenaan penjelasan dan pendirian Umno Johor berhubung sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan dijelaskan pada sesi penggulungannya itu.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/742126/ismail-sabri-selesai-bertemu-pimpinan-tertinggi-umno-johor

BACA JUGA : Lepas menghadap Sultan Johor, Ismail Sabri dilapor berjumpa MB Johor pula

COMMENTS

Wordpress (0)