Kejam !!! Seksa anak monyet untuk hiburan online

Sebuah organisasi tidak bermotifkan keuntungan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Lady Freethinker mendakwa telah mengesan satu sindiket online yang menawarkan khidmat seksa anak monyet untuk tujuan hiburan, lapor akhbar Daily Star UK, semalam.

Menurut kenyataan Lady Freethinker, kumpulan haram dipercayai beroperasi dari Indonesia itu akan membuka tawaran kepada mana-mana ahli untuk membeli anak monyet secara maya dan boleh menghantar permintaan untuk menyeksa haiwan itu sebagai satu bentuk hiburan atau gurauan.

Anak-anak monyet itu diseksa dengan dahsyat seperti diikat pada pokok dan dilibas dengan cemeti, dibaringkan di atas api dan bermacam-macam lagi.

seksa

Antara bentuk seksaan yang dilakukan terhadap anak monyet bagi memenuhi permintaan pembeli online. – Action For Primates
Ahli-ahli sindiket tersebut juga boleh membeli anak monyet secara persendirian atau memilih untuk berkongsinya dengan menjadikan haiwan itu sebagai harta komuniti.

Lady Freethinker dan sebuah lagi pertubuhan, Action for Primates menyeru pengguna platform media sosial dan video untuk melaporkan sebarang video berkaitan penyeksaan haiwan agar aktiviti tersebut segera dihentikan.

Agensi penguatkuasaan undang-undang AS dan pihak berkuasa Indonesia juga telah diberitahu mengenai penyeksaan terhadap monyet dan anggotanya bagi siasatan lanjut.

“Penderitaan anak-anak monyet itu bukan sekadar gurauan dan sangat menyakitkan hati.

“Media sosial boleh dan sepatutnya menjadi platform lebih baik dalam menghentikan penyeksaan ke atas haiwan untuk hiburan dan demi mengaut keuntungan,” kata seorang jurucakap Lady Freethinker.

 

BERITA PENUH DISINI

 

BACA JUGA :

Terpaksa ubahsuai lori untuk cepatkan proses hantar jenazah

Purata 1 kematian setiap 4 minit, apa justifikasi kelonggaran diumum?

Kematian semakin tinggi, kerajaan perlu mengaku sudah gagal – Najib

Artikel ini disiarkan pada 10/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)