Kehadiran ‘pontianak’ kejutkan PPV, mahu suntik vaksin

pontianak

Kehadiran ‘pontianak’ kejutkan PPV, mahu suntik vaksin. Tindakan seorang pemuda memakai kostum ala hantu puntianak ketika menghadiri janji temu vaksinasi di satu lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mencuri perhatian ramai baru-baru ini.

Menerusi klip video berdurasi 24 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama gorongit, lelaki berkenaan kedengaran ketawa mengilai-ilai ketika gilirannya tiba untuk berurusan di kaunter yang disediakan.

“Nah hantu pun vaksin. Kamu yang antivaksin lebih teruk daripada hantu,” tulisnya menerusi kapsyen video tersebut.

Video itu ditonton lebih 1.4 juta kali dan mendapat 2,984 komen sejak dimuat naik semalam.

Kebanyakan netizen berasa terhibur dengan tindakan lelaki itu yang dianggap rela ‘berkorban’ menjadi hodoh untuk menceriakan petugas di PPV tersebut.

“Dia punya gelak. Kadang-kadang perkara beginilah yang menghiburkan petugas barisan hadapan,” komen Asmaterasu.

“Aku yang manusia ini belum dapat vaksin. Hantu dapat dulu,” ujar Nik Merah.

“Ini tidak perlu kostum yang mahal. Awak celup minyak hitam sudah selesai,” komen Noor84. pontianak

“Inilah manusia yang kena sumpahan. Lengkap dua dos nanti dia bertukar jadi manusia semula,” gurau Riqi_Rancak.

“Lawak pula tengok hantu ini. Jarang hantu buat lawak biasa dia buat orang cabut lari saja,” kata JennyJay.

Menurut maklumat di ruangan komen video tersebut dirakam di Dewan Mini Putrajaya, Kota Kinabalu, Sabah.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/30/hantu-datang-suntik-vaksin/

BACA :Panas !!! Sidang Isnin bakal tentukan sokongan majoriti Muhyiddin?