Kedudukan kewangan TH yang semakin baik, Mujahid ucap tahniah kepada pengurusan TH

Alhamdulillah, Tahniah diucapkan kepada pengurusan Tabung Haji diatas prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik.

Pengurusan kos secara berhemah serta strategi pelaburan menjadi perancangan awal kerajaan Pakatan Harapan ketika Tabung Haji menjalani proses pemulihan.

Saya mendoakan semoga pengurusan Tabung Haji akan terus cemerlang dalam usaha mengukuhkan kembali kedudukan Tabung Haji ke landasan yang sebenar.

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
Naib Presiden Parti Amanah

9 Julai 2020 / Khamis

Sumber :