Kedah pun tak ada dominan, dia boleh jatuh bila-bila – Razman

Kedah pun tak ada dominan, dia boleh jatuh bila-bila .UMNO perlu kekal dalam Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kestabilan politik Melayu bagi mengelak berlakunya kejatuhan kerajaan negeri seperti yang berlaku di Melaka.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, kejatuhan kerajaan negeri lain seperti di Kedah dan Johor juga boleh berlaku kerana tiada parti yang dominan dalam politik negeri berkenaan.

Untuk itu, kata beliau, UMNO perlu memahami semasa PRU-14, Barisan Nasional (BN) ada 14 komponen namun sekarang hanya tinggal tiga empat parti sahaja.

dominan

“Dengan perkembangan politik semasa, termasuk pengundi muda, lebih baik UMNO pertimbangkan untuk duduk bersama (dalam PN), fikirkan kesejahteraan rakyat.

“Keadaan politik Malaysia tidak stabil sebab masing-masing ada pengaruh, berpecah tiga, tiada kuasa yang dominan, apabila tiada dominan jadi macam sekarang, Kedah pun tak ada dominan, dia (kerajaan negeri Kedah) boleh jatuh bila-bila.

“Begitu juga Johor pun boleh jatuh bila-bila masa sebagaimana yang terjadi di Melaka, jadi perlu ada satu pakatan sesama parti Melayu untuk semak dan imbang,” katanya.

Sumber:

BACA: Perlu serius promosi logo Pakatan Harapan dalam semua program

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA: Kedah pun tak ada dominan, dia boleh jatuh bila-bila – Razman […]

  • comment-avatar