Kecoh wanita tolak budak umur 3 tahun jatuh landasan tren

Kecoh wanita tolak budak umur 3 tahun jatuh landasan tren. Seorang wanita ditahan kerana didakwa menolak seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ke landasan kereta api di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) Rabu lalu, lapor akhbar New York Post semalam.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), budak perempuan berkenaan dilihat berdiri di sebelah ibunya di sebuah platform apabila serangan itu berlaku.

Brianna Lace Workman, 32, yang duduk di belakang dua beranak itu dilihat berdiri dan menolak mangsa, kata pejabat Peguam Daerah Multnomah.

Baca Artikel Penuh