Kecoh wanita panjat kaunter drive-thru Mcd siapkan order sendiri

Kecoh wanita panjat kaunter drive-thru Mcd siapkan order sendiri

Kecoh wanita panjat kaunter drive-thru Mcd siapkan order sendiri. Aksi lucu seorang pelanggan wanita memanjat tingkap kaunter pandu lalu McDonald’s menjadi tular di TikTok

SEORANG wanita bertindak nekad dengan memanjat tingkap di kaunter pandu lalu (drive-thru) restoran McDonald’s untuk masuk ke dapur dan menyediakan sendiri hidangan yang dipesannya.Video wanita tersebut yang langsung tidak segan memanjat melalui tingkap pandu lalu sambil memakai gaun berwarna merah jambu dan berkasut tumit tinggi menjadi tular di TikTok.

Namun, wanita itu bukanlah menceroboh sebaliknya dia masuk ke dapur restoran makanan segera tersebut dengan kebenaran.Semuanya bermula apabila kakitangan restoran makanan segera tersebut kehabisan sarung tangan dan mereka tidak dapat menerima pesanan seterusnya atas faktor kebersihan.

Disebabkan terlalu ingin menikmati pesanannya, wanita tersebut memberitahu dia boleh menyediakan makanannya sendiri dengan bantuan kakitangan restoran.

Selepas mendapat kebenaran pengurus, wanita tersebut terlalu teruja lantas memanjat tingkap kaunter pandu lalu untuk masuk ke dapur.

Kecoh wanita panjat kaunter drive-thru Mcd siapkan order sendiri

Aksi lucu wanita berkenaan sempat dirakam malah kakitangan restoran tersebut juga tidak dapat menahan ketawa mereka.

Klip video tersebut telah tular di media sosial, dengan ramai netizen turut terhibur dengan aksi wanita berkenaan.

BACA:

Aliff Aziz buat hal lagi? Orang ramai perasan tengah berpeluk dengan Intan Najuwa..

KWSP i-lindung : Ini cara mohon dan syarat-syarat yang wajib anda ambil tahu

Janna Nick belanja berendam dalam pool, sekali benda lain yang netizen perasan

CATEGORIES