kecoh !!! Tukang rumah disebat depan khalayak lepas solat Jumaat di Terengganu ,ini kesalahan yang dia lakukan

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Hukuman sebatan terhadap seorang pesalah khalwat akan dilaksanakan pada 27 Disember ini di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, memaklumkan bahawa hukuman itu sepatutnya dijalankan pada 6 Disember lalu.

Namun, pelaksanaannya ditangguhkan berikutan permohonan semakan yang difailkan ke Mahkamah Rayuan Syariah pada 3 Disember.

Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu yang bersidang pada 11 Disember memutuskan bahawa permohonan semakan tersebut adalah teratur

Mengikut Seksyen 18 Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001. Oleh itu, hukuman asal seperti yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi syariah

kecoh !!! Tukang rumah disebat depan khalayak lepas solat Jumaat di Terengganu ,ini kesalahan yang dia lakukan

pada 20 November iaitu enam kali sebatan dan denda RM4,000, atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda, dikekalkan.

Mahkamah turut menetapkan bahawa pelaksanaan hukuman akan dijalankan di lokasi yang sama, seperti keputusan sebelumnya.

“Tarikh pelaksanaan hukuman ditetapkan pada 27 Disember selepas solat Jumaat. Keputusan ini dibuat sebulat suara oleh panel Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu,” kata Dr. Muhammad Khalil.

Beliau menambah bahawa pihak berkuasa akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan hukuman sebelum tarikh tersebut.

Hukuman ini bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan yang sama, selain menunjukkan perbezaan antara sebatan syariah dan sivil.

Kerajaan Negeri turut menyeru orang ramai untuk mendoakan kelancaran pelaksanaan hukuman ini.

Pada 20 November lalu, seorang tukang rumah, Mohd Affendi Awang, 42, menjadi individu pertama di Terengganu dijatuhkan hukuman enam kali sebatan di khalayak ramai selepas mengaku bersalah atas kesalahan khalwat berulang.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022.

BACA: Faizal Hussain mengaku tak bersalah cabul kehormatan bekas penyampai berita