Kecoh seorang wanita cekup suami ada hubungan sulit dengan ‘nenek’, rupanya dah 16 bulan kahwin!

Kecoh seorang wanita cekup suami ada hubungan sulit dengan ‘nenek’, rupanya dah 16 bulan kahwin!

KECOH di media sosial mengenai seorang isteri mencekup suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan wanita berusia.

Ketika ditangkap, wanita berstatus nenek itu lantang bersuara bahawa dia telah berkahwin dengan lelaki berkenaan selama 16 bulan.

Kecoh seorang wanita cekup suami ada hubungan sulit dengan 'nenek', rupanya dah 16 bulan kahwin!

Keadaan itu menimbulkan tanda tanya si isteri kenapa suaminya sanggup mencari wanita tua untuk mengadakan hubungan sulit.

Difahamkan, video berhubung kejadian dirakam isteri kini menjadi tular di media sosial.

“Tetapi saya hairan kenapa awak cari nenek? Kenapa cari lain?” katanya.

Malah, nenek berkenaan mendakwa telah melakukan hubungan intim dengan suaminya yang ‘sah’.

“Semuanya telah terbongkar. Aku isterinya,” ujar wanita warga emas itu.

Menerusi video tersebut, si suami hanya diam membisu tanpa mengeluarkan sepatah kata.

Isterinya kemudian reda sekiranya suaminya benar-benar sudah menikah dengan wanita tua tersebut.

BACA: 

“Ini bukan bapa haruan makan anak, ini mak makan anak!”, Ibu buat amang seksual terhadap anak lelaki ditahan

“Aku ajak tunang kemas barang masa cuti sem kat rumah, dia suruh aku mandi, dan itulah kali pertama aku disentuh”