Kecoh satu stadium sebab Safawi dan Syifa, ini yang berlaku

Kecoh satu stadium sebab Safawi dan Syifa, ini yang berlaku

Kecoh satu stadium sebab Safawi dan Syifa, ini yang berlaku. Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai pelakon Syifa Melvin didakwa bakal melangsungkan perkahwinan dengan pemain bola sepak JDT, Safawi Rasid tidak lama lagi.

Dakwaan itu timbul apabila tular video di kongsikan di TikTok sekumpulan penyokong yang hadir pada perlawanan JDT menentang Sabah FC sempat menyanyikan lagu ‘selamat pengantin baru’ kepada Safawi.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya mengapa lagu tersebut dinyanyikan oleh penyokong di stadium.

@fadly1508jb #boysofstraits #safawirasid29 ♬ bunyi asal – AhhBoySalo

Apa yang menjadi perhatian, ada segelintir netizen mendakwa Safawi bakal mendirikan rumah tangga dengan Syifa pada bulan hadapan.

Kecoh satu stadium sebab Safawi dan Syifa, ini yang berlaku

Tidak kurang juga, ada yang mendakwa sekampung dengan pemain bola itu sudah mendapat kad jemputan majlis berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengesahan daripada tuan badan sendiri mengenai dakwaan netizen itu. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.

BACA:

Pemuda tular ‘join’ semua parti dedah realiti politik sebenar di Malaysia

Mesyuarat BN: Ismail sahkan tidak sokong PH dan PN

Sultan Nazrin titah jangan serah negara kepada ekstremis kaum dan agama

CATEGORIES