Kecoh lelaki kencing dekat warga emas dalam kapal terbang

Kecoh lelaki kencing dekat warga emas dalam kapal terbang. Seorang warga emas mengalami detik trauma dalam hidupnya apabila seorang penumpang mabuk membuang air kecil ke arahnya ketika menaiki penerbangan Air India dari New York ke New Delhi, lapor laman berita Wion News semalam.

Dalam kejadian pada 26 November lalu, penumpang wanita berumur dalam lingkungan 70-an itu sedang duduk di kerusi kelas perniagaan apabila seorang penumpang lelaki mabuk tiba-tiba meluru ke arahnya.

Ketika menceritakan kejadian tersebut menerusi sepucuk surat kepada Pengerusi Tata Group, N. Chandrasekaran, wanita itu berkata, sejurus selepas makan tengah hari dihidangkan dan lampu ditutup, seorang penumpang lain datang ke tempat duduknya dalam keadaan mabuk.

“Dia membuka zip seluar dan membuang air kecil ke arah saya sambil mendedahkan alat sulitnya. Pakaian, kasut dan beg saya habis terkena air kencing,” katanya.

Tambah wanita berkenaan, selepas memberitahu kru penerbangan mengenai insiden itu, mereka gagal mengambil tindakan ke atas penumpang tersebut.

Baca Artikel Penuh