Kecoh !!! Lantikan ketua kampung di Johor, Bersatu bengang dengan Umno

Kecoh !!! Lantikan ketua kampung di Johor, Bersatu bengang dengan Umno

Isu pelantikan Ketua Kampung di Johor menjadi kecoh selepas surat pelantikan yang tular di laman sosial didakwa oleh sesetengah pihak sebagai tidak adil dan hanya berpihak kepada satu parti.

Antara surat pelantikan menggunakan kepala surat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Khidmat Pengurusan yang banyak ditularkan adalah dari daerah Kulai, Kluang, Tangkak dan Kota Tinggi.

Surat lantikan berkenaan turut disertakan bersama nama Ketua Kampung serta maklumat nombor pengenalan diri individu berkenaan.

Sementara itu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Johor, Muhammad Shamsuddin Paijan berkata, situasi yang berlaku itu jelas menunjukkan Menteri Besar Hasni Mohammad tidak mendukung kebersamaan dalam Perikatan Nasional yang pernah dilaungkan sebelum ini.

“Hari ini, heboh seluruh Johor mengenai surat pelantikan Ketua Kampung di mukim-mukim seluruh Johor yang kebanyakkannya berpihak kepada satu parti sahaja.

“Hal ini menunjukkan Menteri Besar Johor langsung tidak mendukung kebersamaan dalam Perikatan Nasional yang beliau sendiri pernah laungkan sebelum ini untuk memberi hak kesamarataan bersama parti komponen yang memimpin negeri ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shamsuddin berkata, ARMADA Johor menantikan satu penyelesaian yang tegas, bijak dan harmoni dalam memastikan agenda memperkasa masyarakat secara holistik dapat dicapai.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/01/lantikan-ketua-kampung-di-johor-kecoh/