Kecoh isu Kak Long 7eleven, peguam ini jelas kesalahan undang-undang

Kecoh isu Kak Long 7eleven, peguam ini jelas kesalahan undang-undang

Viral video seorang wanita memarahi pekerja 7 Eleven kerana menuduh anaknya mencuri.

Timbul satu persoalan, kalau seorang kanak-kanak membuat jenayah, bolehkah kanak-kanak itu didakwa di Mahkamah?

Kecoh isu Kak Long 7eleven, peguam ini jelas kesalahan undang-undang

Kita tolak tepi cerita 7 Eleven tu. Tulisan ini dah takda kaitan dengan mereka.

Sekiranya kanak-kanak disyaki membuat jenayah, ini yang akan berlaku:

1- Jika kanak-kanak itu umur 9 tahun dan ke bawah:

Tidak ada tindakan yang akan diambil oleh pihak Polis mahupun Mahkamah walau sebesar mana pun kesalahan yang mereka lakukan. Mereka akan terlepas dari sebarang tuduhan jenayah.

(Rujuk Seksyen 82 Kanun Keseksaan)

Sekiranya orang dewasa gunakan kanak-kanak itu untok buat jenayah, maka yang akan didakwa dan dihukum adalah orang dewasa itu.

2- Jika kanak-kanak itu berumur antara 10 hingga 12 tahun:

Jika dibuktikan bahawa kanak-kanak itu TIDAK faham tentang keadaan dan kesan jenayah yang dilakukannya, maka dia tidak akan dibicarakan atau dikenakan apa-apa hukuman.

Jika dibuktikan bahawa kanak-kanak itu faham tentang keadaan dan kesan jenayah yang dilakukannya, maka dia akan dibicarakan serta dihukum selaras dengan Akta Kanak-Kanak.

(Rujuk Seksyen 83 Kanun Keseksaan)

3- Jika kanak-kanak itu berumur antara 13 hingga 17 tahun:

Setiap perbuatan yang dilakukan akan dibicarakan serta boleh dihukum selaras dengan Akta Kanak-Kanak.

Kalau tadi kita bincang tentang undang-undang jenayah. Persoalan seterusnya pula berkenaan undang-undang sivil yang membawa kita ke persoalan:

4- Bolehkah kita saman kanak-kanak?

Ya boleh.

Semua kanak-kanak bawah 18 tahun boleh disaman. Mereka wajib diwakili oleh ibubapa atau Peguam, dan segala penyerahan penfailan kes perlu diserahkan kepada antara dua orang tersebut.

Saman-menyaman ini dibuat bagi mendapatkan ganti rugi atas kerugian yang terhasil daripada tindakan kanak-kanak tersebut, atau pelanggaran kontrak (Rujuk Aturan 76 Kaedah 2(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012)

Kesimpulannya, kanak-kanak tidak akan sewenang-wenangnya terlepas dari sebarang tuduhan, hukuman, atau tindakan Mahkamah sekiranya melanggar undang-undang.

Tonton:

Berita Lain:

Selamba main bowling di luar, status vaksin Ina Naim cetus persoalan

Pemain bola Turki ini enggan pakai baju sokong Ukraine, ini rupanya alasan..

Bosan memori telefon ‘full’ je memanjang, ini 5 tips mudah untuk jimatkan storage

CATEGORIES