Kecoh Gambar Tun Masuk Rumah Orang Tak Bukak Kasut… Ini Kisah Sebenarnya…

Tun mai Kampung Kuala Pai, rumah kawan dia Pak Su Mid dan Rumah Abang Saad kawan dia. Dia mai ziarah spontan ja. Sampai di rumah Abang Saad, keluarga abang Saad dok tunggu dah.

Masa saya dok sebelah Tun iring dia nak masuk rumah, Tun nak buka kasut. Abang Saad kata tak payah buka, masuk terus, Anak dia pon suruh terus masuk, tak payah buka. Tun masuk la.. Dah tuan rumah cakap macam tu.. Rumah depa. Baiklah cuba kita tengok dari segi hukum.

1. Berdosa ka Tun pakai kasut tu. Jawabnya tak berdosa aih. Kalau ada najis, basuh ja karpet tu.. Kalau kering kasut dia, tak perlu pon basuh. Nak solat pon takpa. Sebab antara keistimewaan Umat Nabi Muhammad SAW ialah bumi ini di mana sahaja umatnya boleh solat dan sujud. Bila nak solat terus solat.

2. Berdosa ka Tun tak ikut cakap tuan rumah supaya buka kasut. Tak berdosa aih. Dah depa tuan rumah. Bukan netizen tuan rumah.

3. Berdosa ka Tun tak ikut adat orang Melayu masuk rumah tak buka kasut. Tak berdosa aih. Adat bukan ibadat.

4. Berdosa dak netizen dok buat andaian dan buat spekulasi yang bukan2. Sedangkan depa tak dok situ. Manakala saya pulak ada di situ dan dengar kata2 tuan rumah. Maka hukumnya adalah HAROM. Sebab boleh timbulkan fitnah.

Apa la… Sekali ngan saya penin. Pakat tepon mai tanya.. Tengah solat maghrib pon tepon tanya pasai kasut. Ingatkan apa2 yang penting sangat cal kita waktu maghrib. Cal cal balik tanya pasai kasut.. Adosssss

COMMENTS

Wordpress (0)