Kecoh di mahkamah, jurugambar hentak kamera di kepala peguam Samirah

Kecoh di mahkamah, jurugambar hentak kamera di kepala peguam Samirah

Kecoh di mahkamah, jurugambar hentak kamera di kepala peguam Samirah. Salah seorang peguam Samirah Muzaffar, S Suresh yang terlibat dalam pergaduhan dengan jurugambar sewaktu perbicaraan kes bunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund hari ini, masih belum memutuskan untuk membuat laporan polis.

Terdahulu Suresh tercedera di bahagian kepala akibat dipukul dengan lensa kamera salah seorang jurugambar media di Mahkamah Tinggi Shah Alam susulan tolak menolak ketika Samirah ingin dibawa ke dalam kamar perbicaraan.
“I will think about it,” komennya ringkas kepada pemberita selepas Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman memutuskan untuk melepas dan membebaskan Samirah dan dua yang lain daripada pertuduhan tersebut.

Rakaman video menunjukkan sekumpulan jurugambar media telah berkumpul di lif sewaktu Samirah dan peguamnya ingin ke tingkat empat.

Namun, Suresh cuba menghalang lensa daripada terlampau dekat dengan mereka sehingga berlaku aksi tolak menolak dan pergaduhan mulut.

Barisan peguam dan petugas keselamatan kemudian cuba membawa Samirah memasuki bangunan melalui pintu utama, namun, masih berlaku himpit menghimpit sehingga seorang petugas media mengambil tindakan drastik memukul kepala Suresh dengan kameranya.

Difahamkan jurufoto berkenaan, Zulfadli Zaki telah membuat laporan polis di balai berhampiran untuk tindakan susulan.

Kecoh di mahkamah, jurugambar hentak kamera di kepala peguam Samirah

Dalam pada itu, ketua pasukan pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, terpulang kepada Suresh untuk membuat laporan polis.

“Semasa Puan Samirah menaiki lif untuk ke mahkamah, beliau ditemani dua peguam iaitu Suresh dan Leonard. Susulan daripada itu berlaku kekecohan, tolak menolak. Malah saya difahamkan oleh Samirah, seorang pegawai polis ada buat sesuatu tak begitu hormat, it is almost outraging modesty, mendakap dan tolak dia masuk.

@501awani Berlaku pertelingkahan, physical engagement antara peguam & jurufoto ketika Samirah dibawa ke kamar perbicaraan. #BeritaDiTikTok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

“Salah seorang jurugambar, accident atau tidak saya tak tahu, telah terhentak dia punya kamera kepada kepala Suresh. Ada dua lubang amat jelas. Tengok kepala Suresh, nasib baik okey,” kata Muhammad Shafee.

Atas sebab itu Muhammad Shafee berkata, sewaktu Datuk Ab Karim Ab Rahman selesai memberi alasan penghakiman, beliau meminta agar hakim memberi kebenaran untuk kawalan lebih ketat sewaktu anak guamnya dibawa keluar dari bangunan mahkamah.

BACA:

‘Adibah Noor tiba-tiba mesej nak bantu’, pemuda kenang kisah pemurah arwah

Azmin geram orang bandingkan dirinya dengan Zuraida

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] Kecoh di mahkamah, jurugambar hentak kamera di kepala peguam Samirah […]

  • […] Kecoh di mahkamah, jurugambar hentak kamera di kepala peguam Samirah […]

  • […] Kecoh di mahkamah, jurugambar hentak kamera di kepala peguam Samirah […]