Kecoh dakwaan teras bumi berputar melawan arah pusingan bumi, sekali penyelidik dedah puncanya

Kecoh dakwaan teras bumi berputar melawan arah pusingan bumi, sekali penyelidik dedah puncanya

Beliau mendakwa bahawa teras bumi mungkin sudah mula berputar melawan arah selepas berhenti berputar sebelum ini.

Penyelidik dari China, Yi Yang dan Xiaodong Song dalam satu kajian yang dibuat baru-baru ini

 

Kecoh dakwaan teras bumi berputar melawan arah pusingan bumi, sekali penyelidik dedah puncanya

Dalam kajian itu, mereka mendapati bahawa putaran teras bumi berada pada keadaan hampir pegun pada sekitar 2009 dan berputar kembali pada arah berlawanan.

Kajian itu juga mencadangkan bahawa teras bumi mungkin berhenti berputar dan kembali berputar dalam arah berlawanan secara berkala.

”Kami percaya, teras bumi berputar, secara relatif kepada permukaan Bumi, berpusing satu arah dan berpatah kembali, seperti ayunan.

”Setiap kitaran ayunan mungkin berlarutan selama 7 dekad,” kata mereka yang menjelaskan teras bumi mengubah arah setiap 35 tahun.

Kedua-dua turut berkata, kali terakhir teras bumi mengubah arah putaran adalah pada sekitar tahun 1970 dan fenomena yang sama dijangka akan berlaku pada 2040 nanti, seperti dilaporkan AFP.

Setakat ini, hanya sedikit yang diketahui oleh saintis berkenaan apakah impak teras bumi berikan kepada lapisan permukaan. Namun mereka percaya, bahawa teras bumi saling berkait antara satu sama lain dengan lapisan-lapisan Bumi yang lain.

”Kami berharap dengan dapatan kajian ini, saintis dapat membangun dan menguji modul yang dapat ‘melayan’ semua lapisan Bumi sebagai satu sistem integrasi yang dinamik,” kata mereka.

Teras bumi dipercayai berbentuk seperti sebuah bola besi panas yang memiliki saiz seperti Pluto. Terletak pada kedalaman kira-kira 5,000 kilometer, teras bumi dipercayai boleh berputar pada arah bebas kerana ia wujud secara ‘terapung’ di dalam logam cecair panas.

BACA:

Bekas jutawan terkenal, terpaksa ikat perut buka gerai burger tepi jalan bayar hutang RM29 juta