Kecoh cubaan merompak barang kemas oleh ‘Ustazah’, siap acu pisau

Kecoh cubaan merompak barang kemas oleh ‘Ustazah’, siap acu pisau. Polis sedang giat mengesan seorang wanita yang juga suspek cubaan merompak sebuah kedai emas yang beroperasi di pusat beli-belah di Ayer Keroh di sini, dalam kejadian Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek yang berpakaian jubah serta memakai pelitup muka telah ke kedai emas berkenaan kira-kira pukul 4.45 petang dan berpura-pura ingin membeli barangan kemas, sebelum bertindak mengacukan sebilah pisau kepada pekerja yang melayaninya.

Beliau berkata, semasa kejadian suspek turut mengarahkan mangsa supaya memasukkan barang kemas ke dalam beg galasnya, namun tidak berjaya kerana rakan sekerja mangsa bertindak pantas menariknya sebaik sahaja menyedari insiden itu.

Baca Artikel Penuh