Kecoh buaya hidup masuk dalam masjid, sekali lain pula jadi bila uncle mat saleh masuk masjid dengan seluar pendek

Kecoh buaya hidup masuk dalam masjid, sekali lain pula jadi bila uncle mat saleh masuk masjid dengan seluar pendek

Saif Suhairi berkongsi beberapa keping gambar semasa aktiviti graduasi anaknya yang diadakan di dalam sebuah masjid.

Salah sebuah masjid di  Amerika Syarikat menarik perhatian warga maya apabila menjemput pemilik haiwan reptilia untuk menarik kehadiran kanak-kanak ke tempat ibadah Islam itu.

Kecoh buaya hidup masuk dalam masjid, sekali lain pula jadi bila uncle mat saleh masuk masjid dengan seluar pendek

Menerusi akaun Twitter milik Saif Suhairi, beliau berkongsi ciapan mengenai aktiviti graduasi anaknya di Amerika Syarikat yang diadakan di dalam sebuah masjid di sana.

 

Dalam aktiviti tersebut, menunjukkan seorang lelaki warga Amerika Syarikat mengadakan pertunjukan haiwan reptilia seperti ular, buaya dan cicak kepada kanak-kanak.

Saif menyatakan. itu antara aktiviti yang diadakan rakyat Muslim di sana bagi menarik kanak-kanak menghadiri masjid dengan lebih kerap.

“Ada ‘uncle’ Mat Saleh pakai seluar pendek bawa buaya masuk masjid sebab nak ‘entertain’ budak-budak masa ‘graduation Sunday school’ sini.

Anara cara bagi menarik kanak-kanak datng ke masjid di US.

“Apa-apa pun, inilah cara kami Muslim di USA. Tak sama dengan tempat lain. Imam sangat prihatin dengan budak-budak. ‘Almost’ semua budak dia tahu nama,” katanya dalam cicipan Twitter pada Isnin.

Rata-rata netizen Malaysia memberi maklum balas yang turut kagum dengan budaya masjid tersebut dalam usaha untuk menarik kanak-kanak agar gembira datang ke masjid.

Salah seorang pengguna akaun Twitter, @Nurniasomar mengatakan acara tersebut sememangnya mengaplikasikan masjid sebagai institusi penyebaran ilmu.

“Masjid sebagai institusi penyebaran ilmu,” ujarnya.

Justeru, secara tidak langsung kanak-kanak dapat belajar perkara baharu sekaligus mendekatkan mereka untuk datang ke masjid.

Ada juga yang berharap agar masjid di Malaysia dapat mengaplikasikan usaha yang sama bagi menarik kunjungan kanak-kanak ke masjid.

BACA:

Bekas jutawan terkenal, terpaksa ikat perut buka gerai burger tepi jalan bayar hutang RM29 juta