Kecoh bangunan telecom setinggi 218 meter terbakar. Bangunan tinggi Telecom 218 meter terbakar. Kebakaran besar berlaku membabitkan sebuah bangunan pencakar langit di bandar Changsha, di tengah China, lapor media tempatan semalam.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, namun kebakaran itu menyebabkan bangunan pejabat 42 tingkat itu rosak teruk.
“Asap tebal menyelubungi bangunan itu dan lebih 36 tingkat terbakar dengan api yang sangat marak,” lapor CCTV ketika pemadaman api giat dijalankan di bangunan dengan ketinggian 218 meter yang juga menempatkan pejabat syarikat telekomunikasi milik kerajaan China, Telecom.
Telecom building in Changsha, Hunan went on fire
Apparently the paint on the outside caught on fire? The company says that everyone was evacuated safely and hope that’s true🙏 pic.twitter.com/gxzpiKR22S
— 🍉 田里的猹 (@melonconsumer) September 16, 2022
Menurut seorang pejalan kaki yang hanya mahu dikenali sebagai Peng, kebakaran itu bermula dari salah satu tingkat bawah bangunan berkenaan dan merebak pantas ke tingkat atas.
“Apa yang saya lihat, kelihatan seperti kebakaran bermula dari luar bangunan,” katanya.
Jabatan bomba Hunan berkata, kira-kira 280 orang anggota bomba dan 36 jentera bomba dikerahkan ke tempat kejadian dengan api dapat dipadamkan pada jam 5.00 petang.
Siasatan awal menunjukkan kebakaran besar-besaran bermula selepas dinding luar bangunan itu terbakar.
“Pada masa ini, api telah dipadamkan, dan tidak berlaku kemalangan jiwa,” katanya.
Menurut laporan media tempatan, bangunan Lotus Garden China Telecom yang siap pada 2000 itu pernah menjadi bangunan tertinggi di Changsha dengan ketinggian 218 meter.
BACA:
Senarai harta 15 orang paling kaya di Malaysia, nombor 13 tu dasyat habis
Mat Kilau dikecam hebat selepas ditayang di Netflix, “ini kebangkitan penonton, bukan pahlawan!”
Taman tema Upin dan Ipin berjaya dibuat walaupun Khazanah tolak