Kecoh !!! Artis belanja gambar dalam tab mandi, netizen suruh taubat

Lama tak mendengar cerita berkaitan artis popular, Sharifah Sakinah apabila sebelum ini memutuskan untuk ke luar negara bagi mendapatkan rawatan penyakit berkaitan mental yang dihadapi.

Kembali ke set pengambaran

Kini, Sharifah Sakinah memaklumkan telah kembali ke set pengambaran drama apabila memuat naik foto terbaru dengan kapsyen menyatakan hal tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah tindakannya yang menyertakan sekali gambar sedang berendam buih di dalam tab mandi.

Artis belanja gambar dalam tab mandi, netizen suruh taubat

Harap dapat terima teguran

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang dilihat menasihati aktres berkenaan supaya lebih berhati-hati dalam memilih gambar yang ingin dimuat naik.

Mereka juga seperti biasa menegur penampilan pelakon wanita itu yang dilihat agak tidak sopan terutamanya bergelar wanita Melayu Islam.

“Dunia akhir zaman”

“Tubuh dijadikan bahan tontonan umum”

Terdahulu, pelakon drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka ini telah terbang ke luar negara sekitar pertengahan tahun untuk merawati penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD yang dihidapinya.

Namun, selepas beberapa bulan berada di sana, dia dilihat sudah kembali ke Malaysia dan akan memulakan semula pengambaran.

BACA JUGA : Pemimpin Bersatu salahkan Umno jadi punca PRN Melaka
PRN Melaka : Seorang Srikandi Bersatu disahkan positif COVID-19

Artikel ini disiarkan pada 11/11/2021

COMMENTS