Kecoh ancaman bom di AEON Mall Klebang, rupanya lelaki ini buat panggilan palsu

Lelaki yang ditahan polis selepas disyaki membuat panggilan ancaman bom yang disahkan palsu

Di sebuah pusat beli belah di Klebang, Chemor di sini, semalam mempunyai rekod penyakit berkaitan psikiatri.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata penganggur berusia 38 tahun itu mengakui hanya ‘suka-suka’ membuat panggilan ancaman bom itu

“Ya, suspek mempunyai rekod berkaitan kesihatan mental. Suspek menyatakan yang dia sekadar suka-suka’ melakukan ancaman itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, suspek ditahan jam 9.30 malam tadi di sebuah rumah di kawasan Tasek, di sini, kira-kira lima jam selepas laporan polis berhubung ancaman itu diterima daripada pekerja pusat beli belah itu pada 4.50 petang.

Beliau berkata, suspek dipercayai bertanggungjawab terhadap panggilan itu berdasarkan pengakuan dan keterangan yang dikumpulkan, termasuk peranti komunikasi yang digunakan suspek untuk membuat panggilan palsu itu.

“Suspek akan ditahan reman hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, katanya, pihak pengurusan menerima satu panggilan telefon daripada seorang individu tidak dikenali mengenai ancaman bom di dalam bangunan pusat beli-belah terbabit.

Susulan itu, pihak polis menjalankan pemeriksaan menyeluruh di dalam bangunan berkenaan dengan bantuan Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Katanya, pemeriksaan bagaimanapun tidak menemui sebarang objek meragukan dan semua kakitangan dibenarkan masuk semula ke dalam premis kira-kira jam 10.30 malam tadi selepas keadaan disahkan selamat.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

BACA:Suami pemalas, buat duit atas angin, tergamak biar isteri mati lemas semata-mata nak claim takaful RM21 juta!