Kecewa tiada tindakan terhadap dakwaan pemilikan 2 juta saham oleh Azam Baki, ahli panel SPRM letak jawatan

Kecewa tiada tindakan terhadap dakwaan pemilikan 2 juta saham oleh Azam Baki, ahli panel SPRM letak jawatan.Ahli ekonomi Edmund Terence Gomez meletakkan jawatan sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau di laporkan mendakwa ia selepas panel tersebut gagal bertindak terhadap dakwaan pemilikan kira-kira dua juta unit saham saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki di sebuah syarikat senarai awam.

Katanya, dia pertama kali membangkitkan perkara itu kepada pengerusi panel, Borhan Dolah pada 12 November lalu, dan menggesanya agar mengadakan mesyuarat untuk membincangkan “isu kritikal berkaitan kepentingan negara”.

Walaupun Borhan memberi respons segera dan setuju untuk mengadakan mesyuarat, katanya, ia akhirnya tidak terlaksana.

Menurut laporan malaysiakini beliau berkata telah menulis dua lagi surat kepada Borhan berhubung perkara itu dan melampirkan maklumat lanjut yang diterimanya berhubung perniagaan melibatkan keluarga Azam.

Kecewa tiada tindakan terhadap dakwaan pemilikan 2 juta saham oleh Azam Baki, ahli panel SPRM letak jawatan

Dalam surat tersut antara lain menyebut tentang sebuah laman web yang menjadi pihak pertama menyiarkan dakwaan berkaitan Azam telah digodam selepas ia diterbitkan.

Namun menurutnya, dia tidak menerima apa-apa maklum balas dan Tiada pilihan lain

Beliau juga menyebut Surat terakhirnya kepada Borhan bertarikh 14 Disember, antara lain menyatakan dia tiada pilihan selain meletakkan jawatan jika dia tidak mendapat maklum balas berhubung perkara itu.

“Sudah dua minggu sejak saya menghantar surat ini kepada anda.

“Saya tiada pilihan selain meletakkan jawatan dan ini patut dilihat sebagai bantahan terhadap tindakan anda, selaku pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, yang menangguhkan untuk memanggil mesyuarat berhubung isu yang menjadi tanggungjawab panel ini untuk membincangkannya.

“Tambahan pula, dengan tidak bertindak terhadap laporan melibatkan ketua pesuruhjaya SPRM ia merupakan pengabaian tugas terhadap negara yang serius,” katanya dalam surat peletakan jawatannya bertarikh 27 Disember, menurut Malaysiakini.

Beliau yang juga merupakan Profesor ekonomi politik di Universiti Malaya (UM) itu menyifatkan tiada perbincangan berkenaannya sebagai “sangat tidak bertanggungjawab” dan “tidak berhati perut”.

Dalam surat peletakan jawatannya, Gomez berkata “cukup membimbangkan” apabila ada laporan mendakwa seorang bekas ketua pesuruhjaya SPRM turut terlibat dalam situasi yang memiliki konflik kepentingan.

Dia berkata ia menunjukkan trend dalam institusi SPRM yang perlu disiasat segera.

Kata beliau lagi, dia turut menulis surat kepada Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM Abu Zahar Nika Ujang sebanyak tiga kali, dengan memberikan maklumat sama yang diberikannya kepada Borhan.

BACA JUGA:

My30 sudah jadi My50, pas perjalanan tanpa had naik harga RM20 – Menteri
Ini kisah sebenar ‘Abang Viva’, kereta pinjam dan enjin bot kawan punya
Ini panduan harga tukar ‘spare part’ kereta tenggelam banjir

Artikel ini disiarkan pada 28/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)