Kecantikan isteri Yassin Senario curi perhatian warganet, “First time tayang isteri tu”

Kecantikan isteri Yassin Senario curi perhatian warganet, “First time tayang isteri tu”. Nama pelawak, Yassin Yahya kembali menjadi sebutan selepas dia menyertai rancangan Gegar Vaganza musim ke-lapan bersama Saiful Apek. Yassin sememangnya pelawak yang sangat berbakat, hanya dengan mimik muka saja sudah boleh buat orang tertawa tak kering gusi.

Sejak dari dulu, Yassin jarang sekali mendedahkan serta berkongsi perihal keluarganya di media sosial. Sehinggakan ramai yang menyangka dia ‘bujang terlajak’.

Bagaimanapun, sebuah rakaman video di TikTok baru-baru ini viral menunjukkan Yassin sedang menari bersama keluarga kecilnya.

Menerusi video dari akaun Puteri Warda itu, dia yang berbaju kuning dilihat melayan isteri dan anak perempuannya menari. Ramai netizen memuji kecantikan isteri dan kecomelan anaknya itu.

Bukan itu sahaja, netizen turut terkejut kerana ini adalah kali pertama mereka melihat isteri dan anak Yassin. Ada juga yang memuji wajah isterinya persis pelakon, Janna Nick.

Kecantikan isteri Yassin Senario curi perhatian warganet, "First time tayang isteri tu"

Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 1.4 juta tontonan dan ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai respon daripada netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Baca Juga : Ini ‘step by step’ cara tukar nama pemilik kenderaan yang telah meninggal dunia kepada waris
Ramai terkejut dengan berat sebenar awan, nampak macam ringan
Meninggal dunia 5 hari selepas ambil dos penggalak, anak Shebby tampil buat penjelasan

CATEGORIES