Kebenaran untuk rakyat ini tunai umrah masih belum dimuktamadkan – Menteri Agama

Kebenaran untuk rakyat ini tunai umrah masih belum dimuktamadkan – Menteri Agama. Umat Islam di negara ini dijangka dapat menunaikan umrah dalam masa terdekat selepas kerajaan meneliti beberapa perkara sebelum ia dimuktamadkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berbincang untuk membenarkan rakyat Malaysia mengerjakan ibadat umrah dan haji tahun depan.

kebenaran

BACA JUGA : Guna perkataan ‘bodoh’ waktu bahas Titah Yang di-Pertuan Agong, Bung mohon maaf

“Kuota kebenaran ke Makkah bergantung kepada kerajaan Arab Saudi kerana mereka juga ada syarat yang ketat susulan Covid-19 dan kita perlu mengikut peraturan di sana,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Buku Haji anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), di bilik mesyuarat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).

BACA JUGA : Panas !!! Najib gesa RMK-12 yang diumum PM perlu disemak semula

Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan kesediaan pihaknya menyambut kedatangan 70,000 jemaah umrah sehari.

Menurut akaun Twitter jabatan tertinggi itu yang memetik kenyataan Penolong Ketua Pengarah Hal Ehwal Masjidil Haram Dr Saad Muhammad Al-Muhaimidi, pihaknya bersedia menerima kedatangan lebih ramai jemaah daripada dalam dan luar Arab Saudi serta menyediakan perkhidmatan terbaik untuk memudahkan segala urusan jemaah.

BACA JUGA : Kepimpinan Umno sekarang tidak disenangi ramai, kata Ku Li

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi merancang meningkatkan jumlah jemaah umrah sehingga 120,000 sehari berbanding 60,000 ketika ini.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/28/umrah-mungkin-dibenar-tak-lama-lagi-kata-menteri/

COMMENTS

Wordpress (0)