Kebenaran solat sunat Aidiladha di tempat terbuka beri sinar baru kepada warga Ipoh

Kebenaran

Kebenaran solat sunat Aidiladha di tempat terbuka beri sinar baru kepada warga Ipoh. Perkenan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah terhadap kebenaran untuk mengadakan solat sunat Aidiladha di tempat terbuka diraikan seluruh rakyat di negeri ini.

Bagi penduduk Taman Meru Perdana 2 dekat sini, ia merupakan peluang terbaik untuk lebih ramai penduduk setempat menunaikan solat sunat berkenaan.

Di samping itu, mereka juga menjadikan ia sebagai peluang untuk bertentang mata dengan jiran tetangga bagi mengeratkan silaturahim pada hari kebesaran umat Islam dalam norma baharu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Meru Perdana 2 Mohd Nazri Mohd Ariff bersyukur dengan kesempatan yang diberikan sambil mengakui penduduk mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Perak khususnya Paduka Sultan Perak kerana membenarkan untuk kita mengadakan solat sunat Aidiladha di tempat terbuka pagi ini.

Kebenaran

“Dengan peluang yang diberikan ini, kita amat bersyukur, boleh hadir solat beramai-ramai di kawasan lapang. Kita juga ikut SOP yang telah ditetapkan Majis Keselamatan Negara (MKN),” katanya
.
Sementara itu, Mohd Fariq Izwan Md Bahrin yang bertugas sebagai imam menyifatkan ia satu perkembangan yang baik.

“Kalau kita tengok di negara-negara luar, contohnya di Mesir dan di negara-negara yang lain, mereka bukan sahaja melaksanakan solat sunat Aidiladha dan Aidilfitri di masjid dan surau, bahkan mereka mengerjakan di stadium, di tanah-tanah lapang, di padang.

Perkenan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah terhadap kebenaran untuk mengadakan solat sunat Aidiladha di tempat terbuka diraikan seluruh rakyat di negeri ini.

“Kerana, memang cukup-cukup dituntut untuk kita mendengar khutbah yang disampaikan,” katanya.

Seorang penduduk, Ismail Tahir, 49 tahun, mengakui SOP perlu dipatuhi memandangkan negara masih lagi di dalam keadaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara.

“Dalam keadaan PKP ini, walaupun Perak sudah memasuki fasa kedua dan ada kelonggaran-kelonggaran, tetapi masih tidak dibenarkan ziarah-menziarahi jiran tetangga, sanak-saudara.

“Dengan adanya kebenaran berjemaah secara terbuka begini, secara tidak langsung penduduk-penduduk boleh bertemu dengan jiran tetangga, bersapa antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, sekitar 70 jemaah terdiri daripada penduduk setempat menunaikan solat sunat Aidiladha di jalan Laluan Meru Perdana 2, di taman perumahan ini.

Ia berlangsung sekitar 40 minit selain mengikut garis panduan MKN, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Pada 7 Julai lalu, Sultan Perak memberi perkenan kepada umat Islam di negeri ini untuk mengadakan solat sunat Aidiladha di tempat terbuka dan kawasan lapang dalam kawasan-kawasan perumahan.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/aidiladha-penduduk-rai-kebenaran-solat-sunat-di-tempat-terbuka-309374

Jika Terlepas: Mahfuz sampaikan sumbangan di rumah pemimpin Pas Pokok Sena