Kebenaran rentas negeri dijangka pertengahan Oktober, kata Muhyiddin

Kebenaran rentas negeri dijangka pertengahan Oktober, kata Muhyiddin. Kebenaran merentas negeri dijangka akan diputuskan pada awal atau selewatnya-lewatnya pertengahan Oktober ini.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara tersebut merupakan antara yang dibincangkan dalam mesyuarat ketiga MPN yang diadakan petang tadi.

Selain itu, kata Muhyiddin, turut dibincangkan ialah pembukaan pintu sempadan negara kepada pelancong asing, yang juga akan diputuskan dalam tempoh terdekat.

BACA JUGA : Pemimpin Pas ingatkan kerajaan soal halal, haram pendapatan negara

“Kita telah diberikan penerangan atau taklimat oleh Khairy Jamaluddin selaku Menteri Kesihatan sebentar tadi mengenai soal rentas negeri. Ia bergantung kepada perkembangan program imunisasi vaksin tetapi akan diumumkan selewatnya-lewatnya pertengahan Oktober ini.

“Berkenaan pembukaan sempadan negara kepada warga asing pula akan dibincangkan oleh menteri yang terlibat dalam minggu ini juga.

“Ia bagi memperhalusi cadangan ini kerana tentunya kita faham ia akan memberi kesan besar kepada ekonomi negara,” katanya pada sidang media sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di Putrajaya pada Isnin.

BACA JUGA : AUKUS : Hadi pertahan tindakan Malaysia minta pandangan China

Selain itu, jelasnya MPN juga berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menunjukkan berlakunya penurunan kes membabitkan rawatan pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kita puas hati dengan penerangan yang dibentangkan oleh YB Khairy yang telah menunjukkan bahawa kadar (penggunaan) katil ICU yang menurun. Ia menunjukan hasil vaksin yang cukup telah diberikan bagi golongan dewasa negara ini,” kata Muhyiddin.

MPN turut membuat keputusan untuk meluluskan kertas cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri di setiap negeri bagi memastikan keberkesanan program pemulihan yang lebih berkesan.

kebenaran

BACA JUGA : Setelah portal pro Azmin dedah dokumen, Khalid Samad jelaskan kronologi sebenar

“Ia akan dipengerusikan oleh Menteri Besar dan juga Ketua Menteri. Ia bagi memperakukan inisiatiif di peringkat negeri dan daerah.

“Cadangan ini dan mekanisme berkaitan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri nanti,” ujarnya.

Selain itu, beliau yakin isu pemulihan negara ini perlu lebih menyeluruh termasuk membabitkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa pentadbiran daerah bagi memaksimumkan kesan dalam setiap tindakan yang diambil.

BACA JUGA : Ketika kecoh isu judi, pemimpin Pas pilih untuk ulas filem

MPN juga turut memberikan fokus kepada persiapan bagi pembukaan semula sektor pelajaran membabitkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah-sekolah seluruh negara.

Jelas Muhyiddin lagi, setakat ini garis panduan prosedur operasi standard (SOP) pematuhan telah pun dihantar kepada semua sekolah dan IPT yang terlibat bagi memudahkan pelajar dan guru sebaik ia dibuka.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kebenaran-rentas-negeri-dijangka-pertengahan-oktober-muhyiddin-322120

COMMENTS

Wordpress (0)