Empat ditemui rentung, seorang lagi masih hilang dalam kebakaran melibatkan diesel hydrotreater unit di Pengerang, dekat sini, malam tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, operasi masih dijalankan sehingga pagi Isnin, jam 11 pagi.
Kebakaran berkenaan turut disahkan Petronas Refinery and Petrochemical Corporation.
Menurut PRefChem, satu letupan dan kebakaran berlaku pada 15 Mac di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), Pengerang, pada jam 10.50 malam.
Menurut JBPM Johor, seorang mangsa keluar dengan sendiri dan seorang lagi cedera.
Berita Penuh : https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/4-rentung-1-hilang-dalam-kebakaran-di-rapid-pengerang-233839
Video amatur dari lokasi…