Keadilan Mukah ikrar sokong Anwar, komited laksana agenda reformasi

KENYATAAN MEDIA
KEADILAN CABANG MUKAH
BERDIRI TEGUH DAN PATUH DENGAN KEADILAN UNTUK MENERUSKAN AGENDA REFORMASI

Mesyuarat AJK Keadilan Cabang Mukah bersama dengan Ketua-ketua Ranting, pada 13 Jun 2020, telah mengambil ketetapan seperti berikut :

1. Menyokong penuh dengan teguh, kepimpinan YB Dato’ Seri Anwar sebagai Presiden Keadilan dan YB Larry Sng sebagai Pengerusi MPN Sarawak, untuk terus komited melaksanakan agenda Reformasi.

2. Menggesa kepimpinan tertinggi parti agar tidak berganjak daripada ketetapan untuk menabalkan YB Dato’ Seri Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia, jika PH+ dapat menggembalikan Mandat Rakyat dan memimpin semula Pemerintahan Negara.

3. Menyedari hakikat Keadilan sebagai sebuah parti kepelbagaian, Keadilan Mukah bersedia menerima sesiapa saja ahli parti yang layak dan komited untuk menjayakan agenda parti untuk diangkat sebagai pemimpin melalui saluran yang sah berdasarkan perlembagaan parti tanpa mengira asal keturunan, kebudayaan dan kepercayaan

4. Keadilan Cabang Mukah sedia maklum adanya usaha untuk meruntuhkan PH dengan memecahkan Keadilan, yang menjadi tunjang kepada kekuatan PH. Oleh yang demikian Keadilan Mukah menggesa supaya setiap ahli untuk berdiri teguh, bersatu dan terus mengukuhkan parti disamping mendapat maklumat yang sahih mengenai perkembangan parti.

5. Untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum, yang dijangka akan menggabungkan Pilihan Raya Negeri dan Parlimen pada tahun ini, Keadilan Mukah sudah bersedia dengan jenteranya dan turut menggesa setiap ahli untuk membantu di kawasan masing-masing.

6. Untuk terus relevan dan maju, setiap ahli diseru untuk meningkatkan tahap Ekonomi dan memberi perhatian kepada Pendidikan diri dan generasi muda supaya menjadi manusia yang berpengetahuan.

Sekian.

ABDUL JALIL BUJANG
KETUA CABANG KEADILAN MUKAH
AHLI MAJLIS PIMPINAN NEGERI KEADILAN SARAWAK

Sumber: