Keadaan semakin buruk, penduduk belum vaksin perlu duduk rumah 4 bulan?

Datuk bandar Moscow, Rusia telah memerintahkan semua rakyatnya yang berusia 60 tahun yang belum menerima suntikan vaksin dan mempunyai penyakit kronik perlu duduk di rumah selama 4 bulan sehingga Februari 2022.

Akibat dari sistem kesihatan yang teruk dan program vaksinasi yang berjalan perlahan, Rusia kini kembali mengetatkan sekatan mulai minggu ini.

Negara ditimpa bencana

Keadaan semakin buruk, penduduk belum vaksin perlu duduk rumah 4 bulan?

Wad di Moscow, Rusia

Menerusi laman Harian Metro, cadangan untuk memaklumkan cuti dari 30 Oktober hingga 7 November di Rusia telah dipersetujui oleh Presiden Vladimir Putin pada Rabu lalu.

Ketika negara menghampiri musim sejuk, keadaan rakyat yang melibatkan wabak Covid-19 juga kelihatan semakin teruk. Kes harian dan kematian telah meningkat sejak kebelakangan ini dengan bilangan 1,028 kes kematian pada hari Rabu lepas.

Pakar menjelaskan, lonjakan kes ini berpunca daripada program vaksinasi yang masih belum mencapai matlamat.

Saya rasa negara ini sudah ditimpa bencana. Saya harap kita akan segera mencapai suatu tahap biasa, tetapi kadar kematian masih tinggi. – Pakar Vasily Vlassov

Beliau juga turut meramal kematian akan terus meningkat di Rusia sebelum menjelangnya akhir tahun.

BACA JUGA : Larangan merokok di kedai makan akan dikuatkuasa kembali – KJ
Panas !!! Azmin bakal dilantik TPM dalam rombakan kabinet baru?
Panas !!! Tok Mat dedah perangai sebenar Mahathir, Muhyiddin

Artikel ini disiarkan pada 22/10/2021

COMMENTS

Wordpress (0)