“Kawan baik aku sendiri hasut aku ceraikan isteri dan cari perempuan lain, rupanya dia ada hati nak kahwin dengan isteri aku”

Aku sebenarnya tak tahu la nak mula dari mana. Hidup aku mandi tak basah, makan tak luak pun.

Berat aku turun 7 kg, tinggal tulang je. Macam tajuk dekat atas la kan.

Aku dapat tahu kawan baik aku tengah buat persediaan nak kahwin dengan bekas isteri aku.

"Kawan baik aku sendiri hasut aku ceraikan isteri dan cari perempuan lain, rupanya dia ada hati nak kahwin dengan isteri aku"

Aku dah bercerai 3 tahun lebih sebenarnya, 2019 aku cerai lepas 6 tahun berumah tangga. Aku pun tak reti nak cakap puncanya dari mana. Aku namakan bekas isteri aku ni Sue lah senang. Kami berkahwin atas dasar cinta, kenal 2 tahun lepas tu kahwin.

Bahagia sangat, lepas je kahwin memang aku minta Sue jadi surirumah je, sebab memang aku mampu pun nak tanggung. Bahagia sangatlah balik kerja ada isteri, ada makan minum, malam ada peneman. Sampai kawan aku semua agak kuat la memuji isteri aku, bekal makan siap, pergi kerja m4kin kemas.

Baca Artikel Penuh