Kata “nak tolong melayu”, RM3 pun berkira !!!

Kata “nak tolong melayu”, RM3 pun berkira !!!

Mindset yang salah!
Jangan fikir kita bagi kerja kepada runner, kita sudah berkuasa dan kita amat baik bagi orang rezeki.

Salah tu!

Di kawasan saya majority runner akan ambil upah minima RM3 untuk berpusing-pusing di kawasan kampung Seksyen 27 dan Seksyen 28.

Masuk sikit ke Putra Heights, Bukit Lanchung, Lanchung Jaya, Kampung Tengah, Sungai Baru dan yang berdekatan sini maka charge akan bertambah minima RM5.00

Ada pula yang mencadangkan agar dibawah 1km bayaran RM1-RM1.50.

Jatuh rahang cikgu garang!!!

Adik, abang, kakak cantik..
Kalau kita dah biasa start kunci kereta pastu gi bawah pokok beli goreng pisang tapi sekarang kau nak dia sampai ke depan pintu dengan harga RM1.00 upah hantar..

Cikgu rasa lebih baik, kau upah je anak kau yang berumur 7tahun tu. Dia suka benar dapat RM1 kau tu

Didialam situasi sekarang, kita mestikan bersikap belas ikhsan sesama kita.

Orang tak ada kerja, orang nak beli susu anak, orang jadi runner semata-mata nak meneruskan hidup bukan nak jadi jutawan pun.

Kalau kau beli barang :-
1- penjual dapat jual barang
2- kau dapat barang yang kau nak
3- kau bagi rezeki kepada runner

Kenapa MESTI kau penalti runner
sebab kau bilang minyak dah murah

Kau ni bengap ke apa???
Tenaga orang macam mana??

Habis tu motor dia tak payah maintenance ke apa
minyak hitam kau sponsor erk..adeh

Kita ni kalau nak bantu orang, biar ikhlas.
Allah yang memberikan ktia pahala.

Sumber :