Kartunis Denmark lukis karikatur Nabi Muhammad dilapor meninggal dunia

Kartunis Denmark, Kurt Westergaard, yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam dengan karikatur Nabi Muhammad SAW, meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Kartunis

KURT Westergaard.

Westergaard meninggal dunia selepas lama menderita sakit, kata keluarganya kepada akhbar Berlingske.

Dia sebelum ini menghasilkan 12 lukisan disiarkan oleh akhbar harian konservatif Jyllands-Posten dengan tajuk ‘The Face of Mohammed’ (wajah Nabi Muhammad SAW), yang membangkitkan kemarahan umat Islam.

Selepas dua minggu, demonstrasi tercetus di Copenhagen yang membantah tindakannya itu dan duta negara-negara Islam di Denmark menyatakan bantahan.

Ia kemudian menyebabkan huru-hara di di seluruh dunia Islam pada Februari 2006.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/07/732408/kartunis-karikatur-nabi-muhammad-saw-meninggal-dunia

BACA JUGA : Nini Siron kongsi pengalaman ‘ngeri’ yang terpaksa dilalui setelah dedah kes MB Kedah