KANTOI | Raihanah tiada dalam list pengimport utama daging, siapa kartel sebenar?

KANTOI | Raihanah tiada dalam list pengimport utama daging, siapa kartel sebenar?

Nama Raihanah tiada dalam list pengimport Daging utama pun.

Mereka salah sebab lori mereka guna logo Halal bukan kelulusan JAKIM ja?

Apa benda yang Kerajaan nak TUTUP ni?

Logo Halal boleh guna dimana-mana pun, tapi untuk lebih diyakini ramai minta logo Halal Jakim.

Contoh; Ayam Radix FC, mrka guna logo halal mereka sendiri, saya dah pergi rumah Sembelih mereka di Kokdiang masa mereka Tengah naik dulu.

Petikan Berita;
Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui pada lori milik mereka, awal Disember lalu.

Johor Bahru: Syarikat pembekal daging, Raihanah Cold Storage Sdn Bhd dan dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui pada lori milik mereka, awal Disember lalu.

Rahman Sheikh Abdullah, 44, dan Raihanah Kassim, 42, yang juga pemilik Raihanah Cold Storage Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas kedua-dua kesalahan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/12/658377/pemilik-syarikat-pembekal-daging-didakwa-metrotv?