Kantoi !!! Tular komen lelaki ini buktikan ada penumpang India tiba dengan flight hari ini?

Kantoi !!! Tular komen lelaki ini buktikan ada penumpang India tiba dengan flight hari ini?

Tular sebuah komen yang dibuat oleh seorang netizen di Facebook harini apabila menyangkal dakwaan Menteri yang berkata pesawat yang tiba di Malaysia adalah hanya pesawat kargo.

“Pagi tadi pun ada flight MH 191 dari New Delhi. Saya diarahkan oleh majikan untuk mengambil seorang bangsa India dari KLIA untuk hantar ke pusat quarantine.

Tambahnya lagi, “saya ada segala bukti tentang penumpang yang saya patut ambil dari KLIA pagi tadi termasuk no passport. Macam mana tuan Menteri boleh katakana ia adalah pesawat kargo.”

“Syarikat saya ditugaskan untuk ambil penumpang dari KLIA untuk hantar ke hotel kuarantin.”

Dakwanya, dalam masa seminggu memang banyak pesawat dari India yang telah diambil untuk hantar ke hotel.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam satu kenyataan telah mengesahkan penerbangan dari India adalah pesawat kargo.

Beliau menjelaskan, semua penerbangan penumpang dari dan ke negara India dilarang memasuki Malaysia selari dengan arahan kerajaan selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.

Sementara itu setelah dakwaan ini tular Menteri Pengangkutan dan MAS mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan lelaki ini. Berikut kenyataan Menteri Pengangkutan :

Saya mengambil maklum mengenai komen yang ditinggalkan dalam hantaran FB saya mengenai penjelasan warganegara India yang tiba di Malaysia.

Saya sudah semak dakwaan tersebut dan ini fakta tepat :

1. TIADA penerbangan seperti yang didakwa dan pesawat MH191 merupakan penerbangan kargo.

2. Kenyataan yang dibuat adalah meragukan kerana sememangnya TIDAK ADA MANA-MANA MAJIKAN SWASTA yang boleh mengambil sesiapa sahaja untuk dihantar ke pusat kuarantin. Sebaliknya segala urusan tersebut di bawah kendalian NADMA.

Selaras dengan arahan kerajaan, Malaysia Airlines tidak membawa penumpang dari India dan kenyataan tidak bertanggungjawab yang telah dikeluarkan oleh pemilik akaun FB bernama Muhammad Fahmi Abdullah telah menyebabkan keresahan, panik dan kemarahan dikalangan rakyat Malaysia secara umumnya. Apa yang jelas, tiada individu bernama Ajit Prasat dalam penerbangan MH191 sebagaimana yang didakwa. Hentikanlah penyebaran khabar angin atau berita palsu sedemikian.

Justeru itu dua laporan polis telah dibuat bagi memastikan orang ramai tidak terkeliru dengan dakwaan tidak berasas yang cuba menimbulkan keresahan awam.

Berikut adalah kenyataan media oleh Malaysia Airlines.

No photo description available.

COMMENTS