Kantoi lagi !!! Menteri New Zealand dedahkan Timb Menteri M’sia tak mohon slot kuarantin kecemasan

Kantoi lagi !!! Menteri New Zealand dedahkan Timb Menteri M’sia tak mohon slot kuarantin kecemasan

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara tidak memohon untuk penempatan kecemasan dalam program kuarantin Covid-19 New Zealand yang terhad.

Perkara itu didedahkan Menteri Respons Covid-19 New Zealand Chris Hipkins dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen daripada Parti Nasional, Chris Bishop.

Bishop bertanya sama ada Santhara diberikan penempatan kecemasan atau tidak, dan jika ya, bilakah permohonan dibuat dan di bawah kategori apa.

“Tidak. Saya diberitahu Edmund Santhara tidak memohon penempatan kecemasan,” kata Hipkins dalam jawapannya.

New Zealand mempunyai program pengasingan dan kuarantin yang boleh menempatkan 6,260 orang.

Bishop yang merupakan ahli Parlimen pembangkang, menggesa kerajaan untuk menjelaskan sama ada Santhara diberi layanan istimewa memandangkan ramai warga New Zealand sukar mendapatkan tempat kuarantin.

Santhara berkata dia menjalani kuarantin di New Zealand pada 24 Dis tahun lepas. Dia mendakwa mendapat cuti selama 55 hari daripada kerajaan.

Hari ini, selepas 82 hari sejak 24 Dis, kedudukan Santhara masih tidak diketahui.

Sementara itu, Bishop menghantar beberapa lagi soalan kepada menteri luar negeri dan menteri imigresen New Zealand.

Antaranya dia bertanya jika Kementerian Luar Negeri ada dihubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana berhubung isu Santhara mendapat tempat di pusat pengasingan.

Bishop juga bertanya berkenaan status imigresen Santhara di New Zealand.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/566964