Kantoi..Kilang Pau terkenal penuh dengan najis tikus, lalat dan lipas

Kantoi..Kilang Pau terkenal penuh dengan najis tikus, lalat dan lipas nanyang siang pau pau torres resepi pau resepi pau kukus kuih pau pau sambal resepi pau gebu tepung pau pau gasol

Kantoi..Kilang Pau terkenal penuh dengan najis tikus, lalat dan lipas.Dikerumuni lalat, najis tikus dan lipas malah tiga ekor anjing peliharaan turut berkeliaran dalam kawasan memproses kuih pau dan dim sum.

Itulah keadaan sebuah kilang membuat kuih pau serta dim sum di Medan Melor Selatan, Butterworth ketika diserbu sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan negeri Pulau Pinang.

Dalam operasi yang dinamakan Ops Tegar itu turut membawa kepada pendedahan pengusaha kilang terbabit beroperasi secara haram sejak 10 tahun lalu di bahagian belakang sebuah rumah.

Ketua BKKM negeri, Mohd Wazir Khalid berkata, berdasarkan keadaan persekitaran serta tahap pematuhan kebersihan mendapati kilang terbabit tidak layak beroperasi.

Jelas beliau, pengusaha produk makanan terbabit disifatkan tidak peduli mengenai aspek kebersihan walaupun pernah dikenakan tindakan penutupan pada tahun 2019.

“Memang keadaan premis ini amat mendukacitakan. Kita dapati kawasannya sangat kotor, peralatan digunakan tidak dicuci selain menemui najis tikus dan lipas di stor penyimpanan serta tiga ekor anjing berkeliaran di tempat memproses makanan.

“Selain itu, kita dapati pekerja warga asing tidak memakai peralatan perlindungan diri (PPE) seperti sarung tangan dan penutup kepala ketika memproses makanan.

“Susulan itu, notis penutupan selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dikeluarkan terhadap pengusaha selain kita tiga kompuan berjumlah RM2,700 atas kesalahan lain,” katanya.

Daging khinzir yang digunakan untuk menghasilkan dim sum ditempatkan dalam peti sejuk berhampiran tandas.

Difahamkan, pengusaha terbabit menghasilkan 1,000 biji kuih pau setiap hari untuk pasaran sekitar Butterworth.

TONTON :

BACA:

Senarai MP kuat ‘ponteng’ dan paling rajin hadir parlimen

Anak Zahid Hamidi pertahan tindakan pensyarah marah pelajarnya

Panas !!! Portal dedah perisian MySejahtera milik syarikat Singapura

CATEGORIES