Kanak-kanak salah bagi jari tengah atas bot bomba jadi trending

Kanak-kanak salah bagi jari tengah atas bot bomba jadi trending. Gelagat seorang peserta kanak-kanak mahu memberikan isyarat jari ‘mini love’ sebaliknya tersalah tunjuk jari lain pada Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur mengundang gelak ketawa orang ramai.

Menerusi video tular pada laman sosial, kanak-kanak lelaki itu menyertai perarakan bersama sebuah jabatan kerajaan dan berusaha menunjukkan isyarat jari ‘mini love’ kepada pengunjung.

Selain itu, kedengaran suara pengunjung memintanya berbuat demikian, namun sebaliknya terjadi apabila kanak-kanak tersebut tersalah menunjukkan jari yang lain.

Berikutan itu, seorang lelaki iaitu anggota jabatan yang menyertai perarakan tersebut, menyedari kesilapan kanak-kanak itu dan segera memperbetulkannya.

Dalam pada itu, pengguna laman sosial terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu kerana kesilapan tersebut adalah tidak disengajakan.

Kanak-kanak salah bagi jari tengah atas bot bomba jadi trending

“Comel saja, dia pun keliru tengok jari sendiri,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Muka kekal selamba adik,” ujar seorang lagi pengguna.

BACA:

“Lebih baik bunuh saya!”, jerit Rosmah selepas dibaca hukuman

Eyka Farhana pakai baju nampak lurah buat orang ramai berdarah hidung

Kecoh 20,000 orang berkumpul di ladang, dakwa sedang tunggu ‘hari kiamat’