Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun didapati lemah selepas disahkan kekurangan air akibat muntah-muntah di kawasan banjir Sri Muda, Shah Alam.
Menurut laman Twitter @hillmie93, keadaan mangsa yang lemah dan tidak bermaya itu mengundang rasa sedih dan hiba orang ramai.
Doktor yang berada di sana memohon bantuan dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
Banjir Sri Muda: Kanak kanak lelaki 2 tahun ditemui dalam keadaan lemah, Doktor mohon bantuan polis keluarkan mangsa. @501Awani pic.twitter.com/4656MyN9pQ
— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) December 22, 2021
Meninjau komen warga Twitter, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan kerajaan yang lambat dan tidak cekap dalam menguruskan bencana banjir.
Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Klang, Dr Mohd Akmal Rahim berkata, keadaan itu berkemungkinan kesan daripada tindak balas kurang hidrasi mengakibatkan mangsa sangat lemah.