Sebagai seorang pegawai di KKM, ikhlas saya katakan yang saya amat berbangga dengan kepimpinan kami. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Dato’ Dr Rohaizat, please continue to stay where you are. Rasanya suasana kelam kabut juga di CPRC Putrajaya; jauh sekali ianya dianggap “ivory tower”. You are all doing a fantabulous job mending the direction of the ship. Tak payah turun-turun padang sebab kami semua dibawah ini semua baik-baik sahaja.
Tidak pernah saya lihat kerjasama masyarakat memberi sumbangan macam-macam. Masyarakat Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Mengalir airmata saya tengok pengorbanan semua; masyarakat dan petugas-petugas kesihatan. Tak cukup PPE, ada yang menjahit. Tak cukup duit, ada yang menderma. TERIMA KASIH SEMUA.
This is my humble plea to suara-suara sumbang luar KKM; be WITH US. Don’t antagonize our leader’s work. He is keeping us together. They are keeping us together.
And if I ever get any disease or COVID, please leave me as a statistic. You don’t have to mention my name. We are going through an UNPRECEDENTED event, a pandemic. There will be a lot of ups and downs. No one is in their comfort zone. Learn to adapt and adopt.
Ada yang kita termampu buat, kita buat. Yang tidak, kita beritahu. Saya mengajak kesemua staf KKM; jom kita tolong kita. Masyarakat pun tolong kita. Kita berkorban segala-galanya. Bila saya ke hospital, PKD, KK, kesemuanya sangat bersemangat dan sedikit pun tidak mengeluh. Mari kita teruskan memberi; dan jangan sekali-kali kita meminta ganjaran atau mengungkit.
We are strong, AS ONE.
Tahniah pengurusan tinggi KKM semua.
Ikhlas,
Rafidah Abdullah
Seorang pegawai KKM.