Kami nak tutup kilang, tapi keputusan bawah MKN – MB

Kami nak tutup kilang, tapi keputusan bawah MKN  .Keputusan kerajaan pusat membenarkan kilang beroperasi tanpa kawalan sewajarnya ketika kes Covid-19 mendadak umpama ‘mengikat tangan dan kaki’ kerajaan negeri dalam perang melawan wabak, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Beliau menambah bahawa kerajaan pusat mengkhianati amanah menjaga rakyat dan oleh itu bertanggungjawab atas apa yang berlaku di Negeri Sembilan.

“Kerajaan Negeri Sembilan akan berusaha sedayanya melindungi rakyat namun kerajaan persekutuan dengan kuasa Ordinan Darurat sebenarnya ‘membunuh rakyat’,” katanya di Twitter.

 kilang

Ditanya pengguna Twitter bila kerajaan negeri akan menutup kilang di Negeri Sembilan, Aminuddin memaklumkan keputusan untuk membuka atau menutup premis perniagaan dan kilang ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau menambah Negeri Sembilan telah mencadangkan supaya kilang yang melaporkan kes positif ditutup selama 14 hari bagi mengawal penularan dalam industri di negeri itu pada 30 Jun lalu.

“Pihak berkuasa tempatan pula hanya berperanan membantu agensi kerajaan persekutuan dan tidak mempunyai bidang kuasa untuk menutup kilang,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/16/keputusan-putrajaya-benarkan-kilang-beroperasi-bunuh-rakyat-kata-mb-n9/

jika Terlepas: Malaysia dijangka capai imuniti kelompok 75% menjelang Oktober