“Kami nak pergi ambil barang, apa punya mangkuk,”

Persidangan Dewan Rakyat pagi ini dihangatkan dengan isu ‘mangkuk’ apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dilihat mengeluarkan perkataan itu bagi menggambarkan perasaan tidak puas hatinya.

Perkataan ‘mangkuk’ yang boleh diterjemahkan sebagai satu tindakan ‘tidak betul’ dalam loghat utara itu dikeluarkan selepas Mahfuz kurang berpuas hati dengan jawapan balas diberikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Kalau benar masuk, tidak berlaku perhimpunan. Kami nak pergi ambil barang, apa punya mangkuk,” kata Mahfuz ketika Hamzah berucap di Dewan Rakyat sebentar tadi.

"Kami nak pergi ambil barang, apa punya mangkuk,”

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Hamzah berucap memberi penjelasan berhubung kompaun yang dikenakan kepada Ahli Parlimen ketika berhimpun di Dataran Merdeka bulan lalu.

Sementara itu, Mahfuz turut diminta menarik balik kenyataan itu berikutan disifatkan melanggar peraturan Dewan Rakyat susulan mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/14/isu-mangkuk-hangatkan-persidangan-dewan-rakyat/

BACA JUGA : Hishamuddin jumpa 3 menteri hari ini bincang kelonggaran SOP, kebenaran rentas negeri

COMMENTS