Kami mulai ragu kesungguhan PM baru buat perubahan, kata pemimpin PH

Kami mulai ragu kesungguhan PM baru buat perubahan, kata pemimpin PH.

Selepas dua hari berikrar untuk bekerjasama dengan kerajaan dan mencari titik persamaan dalam usaha meredakan suhu politik negara, hari ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengkritik Kabinet diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, Kabinet baharu yang diumumkan Ismail Sabri hampir sama dengan komposisi kerajaan sebelum ini.

Kami mulai ragu kesungguhan PM baru buat perubahan, kata pemimpin PH

Lim Guan Eng menyifatkan kabinet yang dibentuk Ismail Sabri sebagai kitar semula kerajaan gagal Perikatan Nasional.

“Kembalinya Kabinet kitar semula kerajaan gagal Perikatan Nasional akan menyebabkan keraguan timbul berhubung komitmen Perdana Menteri baharu bukan sahaja dalam usaha memenangi perang COVID-19 dan krisis ekonomi.

“Ia juga akan menimbulkan persoalan apakah Ismail (Sabri) ikhlas untuk melaksanakan pembaharuan institusi yang konkrit dalam melindungi hak-hak demokratik dan Perlembagaan seperti yang dikemukakan semasa pertemuannya dengan tiga pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) dua hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam kenyataan berasingan, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub pula menyifatkan Kabinet Ismail Sabri hanya menjurus kepada survival politik, bukan rakyat dan ekonomi.

“Kabinet ni lebih menjurus political survival, bukan rakyat and economic survival. Lagu lama cuma iramanya digubah kembali. Orang putih kata old wine in a new bottle. Satu perubahan yang tiada pengakhiran,” kata Salauddin dalam ciapan di Twitter.

Ismail Sabri mengekalkan majoriti anggota Kabinet Muhyiddin dalam senarai menterinya dan beberapa menteri dan timbalan menteri ke portfolio lain.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kabinet-ismail-sabri-menjurus-pada-survival-politik-pembangkang-316362

BACA JUGA : ‘Bukan kerajaan BN, ini kerajaan PN’, tegas pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada 27/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)