”Kalau ulama Pas jujur, depa akan hormat keputusan syura dalam sistem pilihan raya”

”Kalau ulama Pas jujur, depa akan hormat keputusan syura dalam sistem pilihan raya”.Ada seorang dua lebai Pas dok bagi idea kepada saya suruh hentam ulama Pas. Dia kata, dia sendiri tidak berani nak tulis, takut kena hentam balik. Dia juga takut “doa” ulama Pas makbul.

Orang Pas ni rupanya penakut. Dengaq ke sembang nak mati syahid. Tengok-tengok dengan ulama Pas pun menikuih. Nak takut apa kat ulama Pas?

Sesetengahnya, bukan ulama pun. Tasrif 14 fi’il madhi pun tidak lepas. Tanya bab enam wazan dalam matan bina’ sorof pun tidak tau. Tak usah dok tanyalah pasai akdariyyah dalam faraid, bab istihsan dalam usul fiqh, ke lautlah!

Itu pun jangan, dilambung-lambung macam ulama besar lagi tersohor. Hat syok lagi, diri sendiri mengaku ulama. Dialah pemimpin bertaraf ulama dalam parti Islam. Siap dengan jubah serban kalah syeikh Ben Bayyah!

Memanglah ada sungguh dalam Pas berstatus ulama. Ilmu memang banyak. Tapi ulama apa kalau dok berpeluk, bersetubuh dengan pengkhianat mandat rakyat?

ulama

Mandat bukan khianat

Dulu, ulama Pas kutuk ulama Umno seperti Hamid Othman, Wan Mokhtar, Zainal Abidin Kadir (Semoga Allah mengampuni mereka). Tapi depa itu pegang jawatan dalam kerajaan dengan mandat rakyat, bukan dengan khianat.

Ulama Pas pula bersekongkol dengan pengkhianat. Lepas itu buat sembang pandai. Apabila ditanya pasal undang-undang Islam yang dulu depa dok kafirkan ulama Umno, mulalah kona sana-sini.

Puphhh… puphhh… mulut penuh sagon cari alasan. Sebenarnya, ulama Pas ini cari kedudukan dunia saja. Bukan jujur pun dengan ilmu depa. Kalau depa jujur, depa tidak akan sekongkol dengan pengkhianat.

Kalau ulama Pas jujur, depa akan hormat keputusan syura dalam sistem pilihan raya. Kalau ulama Pas amanah dengan ilmu, depa tidak akan berani mempermain proses demokrasi yang sah sebab depa tahu risiko doa rakyat yang terzalim.

Tapi tidak boleh nafilah, ulama Pas memang jujur. Depa jujur ligan jawatan, jujur makan gaji besaq walaupun tidak tahu kerja apa satu, jujur sokong pengkhianat. Bab jujur itu, tak boleh nafi.

Yang hang dok kutuk ulama Pas tu, hang ulamakah? Belum naik matahari lagi, saya dah mengaku bukan ulama. Tapi kalau setakat nak sembang-sembang bab maqasid syariah dengan lebai Pas itu, saya bolehlah sikit-sikit.

Kepada lebai Pas hat tak puas hati dengan “ulama” Pas tu, hentam sajalah ulama tu. Syurga bukan milik depa pun!

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/ada-orang-pas-tak-puas-hati-tapi-takut-nak-hentam-ulama-parti/

BACA: Lamborghini jadi punca kemalangan libat 4 kenderaan