Kalau rumah kita kena roboh dengan kerajaan, apa yang patut kita lakukan? Ini yang perlu anda tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Kalau rumah kita kena roboh dengan kerajaan, apa yang patut kita lakukan? Ini yang perlu anda tahu. Setiap pemilikan ada tanda pengenalannya.

Jika anda beli rumah atau tanah, pasti ada gerannya atau lebih dikenali sebagai hak milik yang disertakan dengan nama pel=milik, ukuran luas, nombor lot/PT, syarat nyata dan sebagainya.

Tanda pengenalan inilah membuktikan bahawa pemilik nama mempunyai hak ke atas sesuatu perkara tersebut dan ianya tidak boleh dipertikaikan hak pemilikannya.

Kalau rumah kita kena roboh dengan kerajaan, apa yang patut kita lakukan? Ini yang perlu anda tahu

Setiap kali operasi perobohan rumah kediaman dilakukan, pasti akan ada peperangan di media sosial yang mengatakan bahawa kebajikan rakyat ‘ditongsampahkan’ tidak seperti janji-janji mereka dahulu.

Namun sebelum mempertikaikan tindakan tersebut, adakah anda sudah memahami undang-undang tanah?

Jika rumah yang dirobohkan itu hak milik anda, tunjukkan tanda pengenalannya dan ini tidak boleh disangkal pemilikannya. Jika kerajaan masih perlu mengambilnya juga bagi tujuan awan, adalah wajib untuk anda terima pampasan terlebih dahulu dengan merujuk kepada Akta Pengambilan Tanah 1960.

Tetapi sekiranya anda tidak dapat membuktikan pemilikan tersebut, berkemungkinan besar kawasan yang anda duduki adalah tanah kerajaan dengan cara tidak sah.

Macam mana nak tahu?

Senang sahaja, pergi ke Unit Pelan di Pejabat Tanah dan berjumpa dengan petugas kaunter pelan. Tunjukkan lokasi rumah anda dan anda akan dimaklumkan sama ada status tanah tersebut adalah milik kerajaan, rezab atau sebagainya melalui sistem yang ada.

Anda juga boleh bertanya sama ada lokasi berkenaan boleh dipohon pemilikannya di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) atau pun tidak. Jika boleh isi borang dan lengkapkan permohonan untuk mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri.

Jika tidak lulus, telan sahajalah hakikat bahawa anda sedang duduk di tanah kerajaan secara tidak sah walaupun sudah didiami selama berpuluh tahun dan ianya merupakan kesalahan di bawah Seksyen 425 KTN 1965 yang boleh dikenakan denda atau penjara jika disabitkan kesalahan.

Anda masih boleh minta pampasan daripada kerajaan namun tidak menjadi tanggungjawab mereka untuk memberi pampasan kerana ianya hanya diberikan kepada Akta Pengambilan Tanah sahaja.

Sebelum melakukan apa-apa komen atau tindakan, ada baiknya anda fahami saluran yang betul untuk ‘menjatuhkan hukuman’. Faham undang-undang tanah terlebih dahulu sebelum mengkritik.

Jangan kritik tanpa usul periksa, nanti diri sendiri yang malu.

BACA:

PM dedah ada syarikat Cina yang di’bumiputera’kan ketika pemerintahan Muhyiddin Yassin, ini sebabnya

“Hashim Jasin, jadilah seorang ulamak, bukan ularsemak” – Presiden parti Putra